Founder & Managing Partner

Muhamad Razif Abdul Majid, CA(M)

Membantu pemilik perniagaan membuat keputusan kewangan yang lebih baik melalui pengalaman lebih 18 tahun dalam kewangan, strategi dan transformasi perniagaan.

  1. Home
  2. Tentang Kami
  3. Profil Pengasas
  • 18+ Tahun Pengalaman
  • Perbankan
  • Insurans
  • Fintech
  • Korporat
  • Penasihat Strategik

Muhamad Razif Abdul Majid

"Saya percaya keputusan perniagaan yang baik bermula dengan pemahaman yang jelas terhadap kedudukan kewangan syarikat."

Mengenali Razif

Pengalaman Korporat Yang Membentuk Pendekatan Kami Hari Ini

Muhamad Razif Abdul Majid merupakan seorang Chartered Accountant Malaysia (CA(M)) yang mempunyai pengalaman lebih 18 tahun dalam bidang kewangan, perakaunan, operasi dan strategi perniagaan.

Sepanjang kerjayanya, beliau telah memegang pelbagai jawatan penting dalam sektor perbankan, insurans, fintech serta organisasi korporat dan agensi berkaitan kerajaan.

Pengalaman tersebut memberikan beliau perspektif yang lebih menyeluruh terhadap cabaran sebenar yang dihadapi oleh pemilik perniagaan, khususnya dalam pengurusan aliran tunai, keuntungan, pematuhan serta pertumbuhan syarikat.

Hari ini, beliau membawa pengalaman tersebut ke Razif & Co. dengan matlamat membantu perniagaan membina asas kewangan yang lebih kukuh melalui pendekatan yang praktikal, tersusun dan mudah difahami.

  • 18+ Tahun Pengalaman
  • Chartered Accountant Malaysia, CA(M)
  • Pengalaman Merentasi 4+ Industri
  • Fokus Kepada PKS & Perniagaan Berkembang
Pengalaman Industri

Pengalaman Merentasi Pelbagai Industri

Pengalaman dalam pelbagai sektor memberikan perspektif yang lebih luas terhadap cabaran sebenar perniagaan. Setiap industri mempunyai keperluan, risiko dan pendekatan kewangan yang berbeza, dan pengalaman inilah yang membantu Razif & Co. memberikan penyelesaian yang lebih praktikal dan relevan.

"Pengalaman merentasi pelbagai industri membolehkan setiap cadangan disesuaikan mengikut realiti dan keperluan sebenar sesebuah perniagaan, bukan berdasarkan teori semata-mata."

Bidang Kepakaran

Kepakaran Yang Membantu Perniagaan Berkembang

Pengalaman yang luas dalam bidang kewangan dan strategi perniagaan membolehkan kami membantu organisasi bukan sahaja menyediakan laporan kewangan, tetapi juga memahami prestasi perniagaan serta merancang pertumbuhan dengan lebih berkesan.

Perakaunan & Kewangan Perniagaan

Membantu organisasi membina asas kewangan yang kukuh melalui pelaporan, analisis serta kawalan kewangan yang lebih sistematik.

  • Financial Reporting
  • Management Reporting
  • Budgeting & Forecasting
  • Cashflow Management
  • Treasury Management
  • Internal Control & Governance
  • Process Improvement
  • Financial Analysis

Penasihat Strategik Perniagaan

Memberikan pandangan strategik supaya pemilik perniagaan mampu membuat keputusan berdasarkan data, bukan sekadar andaian.

  • Cashflow Advisory
  • Financial Planning
  • Cost Optimisation
  • Business Performance Improvement
  • SME Financial Advisory
  • Virtual CFO Services

"Kami percaya nombor bukan sekadar untuk tujuan pematuhan, tetapi merupakan alat penting untuk membantu pemilik membuat keputusan yang lebih baik."

Kelayakan Profesional

Kelayakan Profesional Yang Menyokong Pengalaman

Selain pengalaman luas dalam dunia korporat, komitmen terhadap standard profesional turut menjadi asas kepada setiap perkhidmatan yang diberikan kepada pelanggan.

Kelayakan

Ijazah Sarjana Muda Perakaunan yang menjadi asas kepada pemahaman menyeluruh dalam bidang kewangan, perakaunan dan pengurusan perniagaan.

Pengiktirafan profesional sebagai Chartered Accountant Malaysia yang mematuhi standard etika dan kompetensi yang ditetapkan oleh badan profesional.

Keahlian Profesional

Ahli berdaftar Malaysian Institute of Accountants (MIA) yang mengawal selia profesion akauntan di Malaysia serta memastikan pematuhan kepada piawaian profesional dan etika.

  • Ramai Perniagaan Tidak Kekurangan Usaha Pasukan kami akan menyemak maklumat yang dihantar dan mengenal pasti keperluan perniagaan anda.
  • Cabaran Sebenar Bukan Sekadar Jualan Cabaran sebenar selalunya bukan pada jualan semata-mata, tetapi bagaimana aliran tunai diuruskan, keuntungan dianalisis dan prestasi perniagaan diterjemahkan kepada tindakan yang lebih strategik.
  • Dari Pengalaman Korporat Kepada Membantu PKS Melalui pengalaman lebih 18 tahun dalam sektor perbankan, insurans, fintech dan organisasi korporat, Razif melihat bagaimana maklumat kewangan digunakan sebagai asas kepada setiap keputusan penting dalam organisasi. Pengalaman inilah yang menjadi inspirasi untuk menubuhkan Razif & Co. dengan matlamat membawa pendekatan yang sama kepada PKS dan pemilik perniagaan di Malaysia.
  • Misi Kami Kami percaya setiap pemilik perniagaan berhak memahami nombor syarikat mereka dengan lebih jelas, supaya keputusan yang dibuat bukan sekadar berdasarkan naluri, tetapi disokong oleh data, pengalaman dan strategi yang praktikal. Pengalaman inilah yang menjadi inspirasi untuk menubuhkan Razif & Co. dengan matlamat membawa pendekatan yang sama kepada PKS dan pemilik perniagaan di Malaysia.
Kisah Di Sebalik Penubuhan Kami

Kenapa Razif & Co Ditubuhkan?

Selepas bertahun-tahun berkhidmat dalam pelbagai organisasi, satu perkara yang sering ditemui ialah ramai pemilik perniagaan bekerja keras mengembangkan jualan, namun masih bergelut memahami kedudukan kewangan sebenar syarikat mereka.

"Kami tidak sekadar menyediakan laporan kewangan. Kami membantu pemilik perniagaan memahami cerita di sebalik nombor."

Nilai Teras Kami

Apa Yang Membezakan Razif & Co?

Gabungan pengalaman industri, pendekatan strategik dan fokus kepada pertumbuhan perniagaan yang menjadikan Razif & Co rakan penasihat yang dipercayai.

Pengalaman Dunia Sebenar

18+ tahun pengalaman merentasi sektor perbankan, insurans, fintech dan korporat.

Fokus Kepada Cashflow & Pertumbuhan

Bukan sekadar laporan kewangan tetapi membantu pelanggan memahami aliran tunai dan pertumbuhan.

Bahasa Yang Mudah Difahami

Menterjemahkan nombor kewangan kepada tindakan yang praktikal.

Pendekatan Strategik

Cadangan berdasarkan pengalaman sebenar dalam operasi, kewangan dan strategi perniagaan.

One-Stop Business Partner

Daripada perakaunan hingga Virtual CFO.

Mari Berbincang

Bersedia Membina Perniagaan Yang Lebih Kukuh?

Sama ada anda memerlukan sokongan perakaunan, percukaian, audit atau penasihatan strategik, kami bersedia membantu anda memahami kedudukan kewangan dan merancang langkah seterusnya dengan lebih yakin.

  • Perbincangan Awal
  • Tiada Komitmen
  • Secara Fizikal atau Online